#BF dan BFF

Assalamualaikum ♥

Selain keluarga , kawan-kawan dan buah hati juga adalah manusia terpenting abad ini . Yeah . Dan dua kelompok manusia ini adalah manusia yang paling aku rindu , sebab utama masing-masing busy dan kolej/universiti pulak jauh-jauh dan yang paling utama , takde transport nak pergi berjimba jimbun . tskk . Terlalu sedih jika dikenang , tapi kalau tak kenang tandanya tak rindu lettew ~

#Azim ! Azim ! Azim! agak agak dia dengar tak ? -_-
#Lyana, Shkiyn, Eyffa kembali lah ke pangkuanku . Wahaha -_-
Okay , aku kekurangan idea . Rasanya , korang pun mesti lah ada BFF kan , yang selalu dibuat bahan makian , tempat luahan perasaan , tempat korang curah segala galanya kadang kadang mak kau orang pun tak tahu masalah kau tu , gelak sama sama , buat lawak yang hanya korang je tahu . . arghh ! Tolonglah aku parah merindui semua tu , aku rindu waktu sekolah sama sama dulu . Hari hari boleh ngadap muka diorang , sampai rasa nak muntah hijau . Bhaha ! Tapi sekarang nak jumpa pun susah , sangat susah :'(

Dan , rasa rindu akan berdouble double kalau bopreng/gepreng korang berada jauh diluar negara . Hah gituu . Tapi bopreng aku kat Johor je , haha . Jarang sangat jumpa . Kalau jumpa , tempat yang paling kitorang suka pergi karaoke dengan muzium . Ha ! Ha ! Serious suka ! Panjat bukit St.Paul sama sama , rasa sangat Titanic , tuihh *apa kena mengena -_- . Sampai kadang kadang lupa makan , shopping jauh sekali sebab si bopreng tu kurang sikit bab bab shopping ni (T_T) , nafsu serakah aku pulak sangat besar dan meronta kalau bab shopping , tapi agak terbantas dek ketiadaan duit ~ Herher -_- Kombinasi yang pelik dan berbeza . Korang patut cuba , kahkah >.<

Selamat malam , terima kasih kerana sudi membaca :)


2 comments:

Teena Tna said...

Percaya tak kalau Teena cakap Teena xde BFF?

Ika Halim said...

@Teena Tna

Uishh awat takdak ? BFF ni perlu jugak :) tapi cari BFF yang betul2 best lah ^_^

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger