# Anda perlu mengubahnya

Assalamualaikum ♥

Jerebu semakin hari semakin teruk , aku sebagai warga Melaka juga terkena tempiasnya , hahh kau ayat macam peramal kaji cuaca . 


Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan . Sumber dari wikipedia .

1. Sebagai rakyat yang mementingkan kesihatan macam aku , korang juga harus rajin memakai mask ye . Meng'cover' hidung dan mulut korang daripada menyedut asap asap jerebu ni . Bahaya tau tau . Jangan selalu keluar rumah lagi lagi kalau korang kat area Johor atau Melaka . Bacaan IPU dah ditahap bahaya , so baik dok diam diam je kat rumah , bukak Astro 202 . Cerita pun best best . Jangan pandang rendah , tamil the best wa cakap sama lu ! 

2. Korang pun dinasihatkan jangan lah menambah nambahkan lagi keadaan jerebu yang sedia teruk ni , hahh ! Apa apa yang berkaitan dengan asap tu henti hentikan lah . Jangan bakar sampah , rokok , sate , ikan blablabla . Kihkih over tau :p

3. Korang harus minum bergelen gelen air per day . Minum air masak , air jarang , air mineral dan yang seangkatan tentera dengannya . Jangan pi tala Coke berbotoi botoi , mati kojol kang nak ? Haa ayokk tak tahuuuuu . 

4. Basuh tangan korang sebelum dan selepas makan . Almaklumlahh , udara kan tercemar , so kena kerap kerap lah basuh tangan , mandi pun sama . Kerap lah mandi . Biar segar . Mandi kat rumah sudahlah , tak yah ngada ngada dok mandi sungai . Kang ada buaya pun ingatkan batu , jerebu kan ? Haha 

5. Bagi yang berpenyakit pernafasan macam Asma . Pastikan ubat ubat korang ada , and cukup . Keadaan jerebu ni bawak kesan yang teruk untuk pernafasan . Sila lah prihatin dengan keadaan kesihatan korang , dan juga jiran , atok , nenek , makcik , pakcik , mak uda , pak andak , acik , mak lang blablabla . Prihatin lah dengan orang kiri dan kanan anda . Hihi .

6. Esok Melaka cuti ! yahoooooooo ! Yeaaapii ! *backflip adehh sakit pinggang . HOHO

Pesanan khidmat masyarakat daripada konon konon Dr.Nurabiatul 'Atiqah binti Abd.Halim .

# Nilah doktor tu . ekekeke .

1 comment:

tinynasweet said...

dah macam NINJA!!! hehe...

(^_^) SPECIAL GIVEAWAY --------------------------------> {MOTOROLA GOLD EDITION} Jemput singgah & JOIN

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger