#Phone

Assalamualaikum ♥

Selamat malam dan salam 1 Malaysia , huahuahua ! Hari Jumaat yang baru sahaja berlalu , ya hari Jumaat yang Nora Danish dengan Adi Putra shooting 'Suami Aku Ustaz' kat sekolah aku tu . Okay memang motif sengaja nak gedik bagitahu korang benda genyah ni . Mohon jealous sekuat hati . Ehh .

Tapi tak payah jealous sangat sebab aku tak nampak pun kelibat si Nora tu , nampak Adi Putra je , naik basikal dengan kekacakan beliau yang . . umph ! *kau buat hatikuuuu tertawannnn ~* 

Apa ni ! Aku bukan nak cerita pasal tu , tapi aku dah pun cerita . Fine ! Hari Jumaat tu , phone aku rosak . Puas le aku tekan button 'ON' , takde respond , SEDEH ! So , aku pun bawak le dia pergi kedai Telefon , yelah kang aku bawak kat kedai basikal , takde sape pulak nak betulkan . Hurm *konon konon lawak lah khonnnn ~*

Setibanya aku kat kedai aunty tu , terus aku hulur dan . . 

"Aunty , phone saya ni tak boleh 'ON' , saya rasa sebab beteri kot , tapi aunty tengoklah dulu macam mana . Hewhewhew"

"Okay, tunggu aa I tukar beteri aa . You tunggu aa" 

dan beberapa minit kemudian . .

"Ini bukan masalah beteri , telefon you yang ada masalah . Better you beli telefon baru jelah"

"gulp"

Amboi aunty ni , tak mampu le nak beli phone baru . Phone tu pun , Nokia biasa je . Memang patut lah dia suruh tukar phone lain . HAHA !

Dan sekarang aku hanya mampu pinjam phone adik aku , turun takhta lagi sebab phone ni takde kamera , tetapi ada torch light . Bagus kan ? Macam kata pepatah "Malu bertanya sesat jalan" , jadi sekarang "Kalau tak tanya pun tak sesat sebab ada torch light" Haa ! Hebatkan ! Hebatkan ! Muahaha !

Tadaaa ! Berseri seri dengan Samsung apaentahakupuntaktahunamadiaapa :D
babai anda semua , selamat malam . Terima kasih membaca ;)

4 comments:

Teena Tna said...

Cousin Teena skola situ, dy ckp jmpe Nora Danish. Teena dulu penah gune phone mcm tu,tp rosak, lupa nk kuarkn time mndi laut..

keli menari said...

aunty mau wang masyuukk.hehe.takpe la beli yg baru,mane la tau semangat baru

Ika Halim said...

@Teena Tna

ohhhh . hehe . lain kali jangan lupa lagi ye . haha

Ika Halim said...

@keli menari

Haha itulahh . tunggu ada duit dulu le :3

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger