Saya sudah mendonate , anda bila lagi ?

Assalamualaikum ♥

Dua tiga surat khabar , apa khabar ? Pengaruh Jarjit . ekeke . Baiklah baiklah , nak kasi tahu ni . Semalam kita derma darah atau bahasa jawa Donate Blood . Lepastu , dengan berbangganya baru kita tahu darah kita jenis O . Sedih sangatlah kan hidup selama 19 tahun ni tak pernah tahu jenis darah kita . Hakhak . So semalam baru tahu .

Selama ni memang tak terlintas pun dibenak kepala hotak aku untuk menderma darah . Tetiba bila ada program ni terus nak join je . Bila balik rumah rasa macam menyesal sebab Amirul Azim a.k.a bopren aku tu kata takut lah , jarum besar lah , apa benda lah . Dengan aku sekali takut , demm .

Nasib baik darling aku Nur Amalina *nama penuh terus -_- okay okay dak Mel . Haa elok je semangat berkobar kobar tu yang aku pun turut berkobar walaupun time check darah tu aku takut nak pengsan sebab jarum tak nampak -_-

And yes ! Aku dengan Mel lepas test darah *aku tak tahu lah nama dia apa Haha , teruskan dengan sesi test blood pressure . Selesai semua muanya . Amek beg darah and pergi kat Nurse , woo cuak pulak . Budak budak form five pakat teleng teleng kepala tengok kitorang ni derma darah . keadaan dewan dibahagi dua , depan budak form five dengar ceramah pasal 'Pelancaran Derma Darah' kitorang pulak berhempas pulas mengembleng tenaga menderma darah . Ayat mintak kaki sangat .

Lepas tu tengok pulak dia masukkan jarum dalam kulit aku ni , macam cute pulak tengok masa jarum yang besar tu masuk . Act , aku memang kena tengok jarum , kalau aku tak tengok lagi aku takut . Speasis apa pun aku tak tahu lah . Kihkih . Sesi menderma darah pun mula . 

Mula mula elok je , siap main gurau gurau dengan Mel . Bila dah last last , aku pitam . Maybe akibat first time derma kan . Pastu abang abang nurse sekalian menjaga aku . Kahkah . Then dah okay , abang nurse suruh duduk makan and minum milo . Tengah elok berborak dengan Mel . Aku pitam lagi , teruk betul -_-
Dah la pitam siap muntah lagi . Double teruk disitu . Kahkah .

Then dah okay lagi , aku mintak nak masuk kelas . Sebab aku tengok ramai yang nak derma , aku ni macam menyemak je kat situ . Haha . Tapi memang seronok lah diorang layan aku , kasik kipas betul betul depan muka aku , bagi semangat , gurau gurau dengan aku , melawat aku *macam masuk wad pulak , rasa macam . .


Bila balik kelas , orang suruh duduk diam diam sebab baru lepas pitam . Aku tengok Mel tidur . Aku merayap pergi kelas kawan sebelah . Berborak sambil berdiri pulak . Lama pulak . Gedik sangat . Padan muka aku , hampir pitam lagi . Nasib baik kali ketiga tak berapa teruk . Muhaimin , Mel dengan Firdaus tolong bancuhkan air ORS kat aku . Terima kasih korang semua :D

Kesimpulan menyimpul nyimpulnya , semalam seronok sangat ! Thanks guys and nurse nurse sekalian sebab sudi amek darah saya . Semua makhluk bumi , mari lah sama sama menderma darah , bantu mereka yang memerlukan . Hikhik :*

7 comments:

shafiq said...

haha , derma darah tu dah bagus dah , tapi aktiviti lepas derma darah tu yang buat jadi asyek nak pitam jek , haha , takpe2 ,

Ika Halim said...

@shafiq patut lah pitam , jadi pengajaran lepas ni kena duduk diam diam . Haha

Haruno Hana 하나 said...

teringat masa first time Hana derma darah.. hehe :))

wisata outbound said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Teena Tna said...

X lps pun nak derma sbb x ckup berat..
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

insanbiasabiasa.blogspot.com

Tinta Lana said...

Salam.

Mak aiih, sampai berpitam2,hahaha

Apapun, dah berjaya gak menderma, kutip pengalaman kan :)

Jenis O ek..lana jenis B, mula2 dpt tahu masa lab sains form 3, time tu subjek pa tah, semua kena cek drh jenis apa.

adzairdawati makdara said...

satu amalan yg mulia.. bagus dik..

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger