3 Dimensi ! *bunyi ala ala Doraemon :p

Assalamualaikum 

Sejak dua tiga empat lima enam menjak ni , kualiti YouTube sangat mintak kaki . Adakah ika sorang je yang ditimpa malapetaka sedemikian rupa ? Sobsob . . hampa hatiku . Rupa-rupanya kena setting sendiri , no wonder . Hmmm *usap janggut ayah

Berdasarkan gambarajah , cuba teka apa yang ika buat malam semalam ? XD
Semalam punya malam , ika serta family berjimba berkompol sopan sopan duduk depan skrin computer demi melihat aksi 3D . Cermin mata 3D cuma ada satu dan satu siaran diulang 4 kali supaya seluruh ahli keluarga dapat merasa nikmat ke-3D-an disitu . Muahaha ! Menyiksa jiwa raga jugak lah , nasib menyebelahi kami sebab family ika cuma ada 4 orang yang terdiri daripada Ibu , Ayah , adik dan Ika . Poyo sangat ayat 'nasib menyebelahi' tu , muahaha !

Ini semua berpunca dari adik ika , suka nau godek godek YouTube sampai nak terburai habis isi perut sang YouTube . Pastu , dia terjumpa video 3D . Pastu dia pun cari cermin mata 3D yang kami beli or dapat *not sure zaman tok kadok dulu . Masa TV3 suruh tengok Erra menyanyi *kot

For sure , sebagai kakak yang memang suka dengki melihat kebahagiaan adik . Tatkala tengah mencabut uban ibu yang tak seberapa ada tu , ika terus berhenti cabut uban ibu demi melihat aksi 3D yang esok lusa pun boleh tengok jika umur panjang . Ihiks :')

Ku sangka panas sampai ke petang , rupanya hujan ditengahari *ehem bangga cikgu BM , muahaha ! Tatkala syiok syiok , ibu pulak mintak cermin mata . Nak join sekali katanya . Foine ! Haha , tak lama kemudian ayah pulak . Last-last satu family dibuai kelekaan 3D . Kahkah , sweetnya :')

Sejujurnya , ika tak pernah tengok 3D kat panggung wayang , teringin jugak . Pernah tengok dekat Planetarium je ,  zaman makan eskrem comot dengan hingus hingusan . Rombongan sekolah pulak tu . cess ! Takpe takpe , bersyukur , at least pernah jugak tengok kennn :p

So korang semua yang gian gian nak tengok 3D , search je kat YouTube . Yang paling best ika jumpa pun , orang tu main acah acah nak tikam kita . Okay apa , mengisi masa lapang :D


P/S : Tadi tengok video Yuyu Zulaikha , alololo kiut ! Geram ! Serious comel ! http://kupukupukecik.blogspot.com/2012/12/pilihan-terbaik.html

No comments:

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger