Salam Aidilfitri

♥ Assalamualaikum ♥


Salam Aidilfitri wahai bloggers sekalian , lama sungguh tak update . Nak kata takda masa , macam tipu sangat je . Masa tu sangat banyak , siap boleh buang buang tengok Otomen Mebius lagi . Tapi masa nak menaip , nak kerah kepala otak keluarkan bahasa puitis tu yang takda . Sedih kan ? ==' Selama bercuti ni , haihh rindu gila lah kat kawan kawan sekalian . Semalam pergi beraya rumah Mel and Shkiyn . Pergi rumah Mel dulu dengan Shirley (Driver) , Jennifer , Danny , Taufik and Carmen . Naik Exora , haihh kemain lagi Shirley marah aku time aku terlepas simpang masuk rumah Mel . Aku , macam biasa lah . Dengan relex dan coolnya berkata "belum keluar Melaka lagi pun , chill ah !" . Lagi teruk aku kena marah =='

#Mel's house
Memang syiok lah semalam , happy happy gitu . Lepas rumah Mel , diorang berangkat ke rumah aku pulak . Makan makan , gelak gelak . Haha macam tak betul , tapi betul ==' then tunggu Firdaus yang baru nak bangun , tunggu dia , punya tunggu , tunggu lagi . . baru datang . Nasib baik cepat , tak berapa lambat sangat . Tapi jasa Firdaus amatku kenang , cewahh ! Even baru bangun tidur , still nak datang beraya rumah aku . Thank you ! 
#Gelagat minum air yang aneh =='
#Firdaus yang lambat ! Grr !

Akhir kata , thanx kepada yang datang . Sayang korang banyak banyak ! Love you all ! Salam aidilfitri sekali lagi , maaf jika ada terkasar bahasa atau terlanjur kata dalam taip menaip . Hihi . Terima kasih kerana membaca :)
 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger