Yasmin Hunwick , Al-Fatihah . .

♥ Assalamualaikum 
SEGMENT & GIVEAWAY TERBAIK !
http://mizzsninie.blogspot.com/2012/05/mega-tech-giveaway-by-mizzsninie-cikmun.html
http://amercorner.blogspot.com/2012/06/segmen-lagi-team-follow-back.html
http://giveaway-only.blogspot.com/2012/05/1st-birthday-giveaway-by-cik-angah.html
http://nellythestrange.blogspot.com/2012/06/giveaway-pelajar-form6-2012.html

Seriously , aku tergamam dan blurr tak berkata kata . Beberapa hari sebelum ni , aku ada buka dashboard . Time tu , memang berderet aku ternampak nama Yasmin Hunwick . Aku tak kenal dia , seriously aku tak kenal . Aku baca tajuk satu persatu , semuanya pasal kematian dia . Tapi masa tu aku tak tahu siapa dia Yasmin Hunwick . Jadi aku tak ambil kisah . Aku tanya ibu aku " Ibu siapa Yasmin Hunwick? " memang sah lagi wajib lah ibu aku tak tahu menahu siapa dia Yasmin Hunwick . So aku just diam , dan lupakan pasal dia .

Tapi tadi , aku buka dashboard . Then aku just tengok gambar gambar yang ada disetiap entry blogger yang di update . Ada satu gambar ni , sangat sangat buat aku tertarik . Sangat cantik . Dalam hati aku berbisik "SubhanaAllah , cantiknya dia . Siapa ni ?" . Aku pun serta merta klik link blog Cik Yeen Gadis Tomato . Aku baca dengan teliti , sebab aku nak tahu siapa gadis dalam gambar yang aku tengok . 

Then , aku terbaca satu statement yang menunjukkan yang pemilik gambar tersebut sudahpun meninggal dunia . Aku terdiam , dan aku pergi ke blog dia . Hairan , kenapa blog dia masih ada ? Takda ke orang tolong padam . Hm . Aku baca blog dia , aku teliti gambar gambar dia . Yasmin sangat cantik orangnya , comel , putih , persis Fatin Liyana pun ada . Aku buka entry Faqihah Husni , makin sebak aku dibuatnya :'( 

Yasmin Hunwick atau nama sebenarnya, Yasmin Johan Eusoffe , 17, dan Nor Hazwani Mansor serta Nur Afipah Ainaa Ridzuan, masing-masing 16 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Mereka yang mendapati menaiki sebuah motosikal tanpa topi keledar, maut dilanggar sebuah van ketika membuat pusingan U di Padang Gaung, di sini tengah malam kelmarin.

Yasmin adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Mahsuri, manakala dua lagi dipercayai pelancong. Kejadian jam 12 tengah malam itu berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika mereka menaiki motosikal dari arah Kuah menghala Ulu Melaka.

Mayat dihantar ke Hospital Langkawi (HL) untuk bedah siasat, sebelum dituntut keluarga, tengah hari semalam. 


Sumber

" Semoga arwah Yasmin Johan Eusoffe di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman . Al-Fatihah " :')

Maaf , gambar arwah aku tak letak dalam entry ini . Rasa kesian kat arwah . Korang boleh tengok di blog arwah okay http://www.misschronicz.blogspot.com/ .

2 comments:

Nash Eira said...

sedihnye..takziah kepada keluarga mangsa.. sama2 la kite sedekahkan Al-Fatihah..

-IEQA HALIM- said...

Nash Eira : :')

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger