Aura Kehitaman Menyelubungi Diri

♥ Assalamualaikum 
SEGMENT & GIVEAWAY TERBAIK !
Mega Tech Giveaway - 31 Julai
Segment : Team Follow Back - 30 Jun
Giveaway Pelajar Form 6 - 25 Jun

Kadang kadang , kita terpaksa sembunyikan perasaan sebenar kita untuk buat orang lain bahagia . Macam tu lah situasi aku . Aku terpaksa berpura pura gembira pergi sekolah . Aku terpaksa tipu semua orang . Aku terpaksa jadi someone else yang sangat menyimpang jauh dari diri aku . Erh . 

Hari selasa yang lepas , aku daftar masuk sekolah baru . Malacca High School (MHS) sekolah kluster whatever . Even sekolah tu , bertaraf antarabangsa sekali pun . Kalau aku tak bahagia , kau agak agak macam mana aku nak study ? Pffft . Family aku paksa aku masuk sekolah tu . Padahal , dekat sekolah Bukit Baru tu aku happy kot ! Belajar semua okay . Aku ingat kalau aku try relakan hati aku masuk situ semuanya akan okay . Tapi meleset , melecet , tergelincir dari apa yang aku harapkan .

Kawan melayu , ada seorang je . Yang lelaki melayu , sombong taknak kawan dengan aku . Aku pun tak tahu kenapa . Maybe sebab aku tak cute macam diorang , ahaks brr -.- Chinese girls and boys sangat baik . Aku suka , tapi tak sekepala pulak . Diorang takkan lah layan Indie macam aku , takkan lah diorang goyang goyang kepala dengar lagu OAG macam aku . Susah susah . Makin lama aku kat MHS ni , boleh mati semua sistem saraf happy aku . Boleh dapat penyakit kemurungan lah ini macam .

Kalau dulu , kalau nak gelak tak cover . Gelak macam siak je . Haha . Tapi sekarang , nak cari punca punca nak gelak punya lah susah . Kalau ada pun , bagi aku tak kelakar mana . Tapi gelak jugak lah . Erh , selama 4 hari aku kat MHS tu . 90%  gelak aku adalah FAKE semata mata . Aku bosan ! Sumpah aku bosan dengan cara hidup kat sekolah ni ! Aku nak kawan kawan aku balik . Erhh ! Aku nak jadi diri aku ! Aku nak jadi NURABIATUL 'ATIQAH YANG DULU :'(

-AKU YANG ENTAH HAPE HAPE-

No comments:

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger