Pra-U

♥ Assalamualaikum 
Giveaway from Cik Bunny ! Jom Join ! 

Berkurun lamanya tidak menghapdet blog kurang populariti ni . Rindu membuak buak sehingga melimpah . Almaklum lah , selepas bergelar Pelajar Pra-U ni . Penat je memanjang . Baru minggu orientasi muka dah macam lembu tak puas hati . Insyaallah akan kekal di tingkatan enam sehingga habis 3 semestar . Wahh , sekarang form six dah upgrade youu ! Best , cuma pakai uniform tu je yang tak berapa best . Bhaha !

November ni dah exam , wutt ?! Gila kau . Memang sistem sekarang begitu . Kitorang , yakni Pelajar Pra-U ada 3 semestar dan ada 3 kali exam yang boleh dianggap STPM lah jugak . Wahh gempak bunyiknya . ngahaha ! Pilih jurusan Ekonomi . Sebab musababnya ialah , aku penghidap penyakit Asthma . So tak boleh diterima pakai dalam jurusan , Sains Sukan . Agak kecewa disitu . Brr .

Tahniah kepada sahabat aku yang omey omey , Lyana Kamal . Yang akhirnya pergi membawa diri ke Kolej Yayasan Melaka (KYM) di Bukit Sebukor sana . Tak jauh dengan sekolah aku pun , ada masa boleh makan McD sama sama . Hikhik . Semoga berjaya dalam bidang Dip Animasi tu . Nanti buat animasi cerita pasal aku tau ! Haha :')

Em , aku akan jarang sangat hapdet blog ni . Atas sebab yang aku kurang pasti . Jangan risau , sebulan pasti ada satu entri . PASTI ! Poyokan ? Tapi biarlah . Blog aku , bukan blog kau . Bhaha ! Aku kena tumpukan perhatian sepenuh penuh mungkin dengan form six supaya aku tak tercicir , tergolek , terbabas , terbang  . Tak boleh main main ! Tidak sama sekali ! Fokus ! Fokus ! Yeahhh ! -.-

Kbai , nak beli seluar sukan ni . Ngehehe :D

4 comments:

NiaLidia. said...

Yeayyy , kita sama. hehe

http://www.nialidia.com/2012/05/saya-nekad.html

good luck tauu.

Ieqa Halim said...

thanx nia ! good luck jugak ;)

mrs.PROandKONTRA said...

wow...ohsemmmmmmm!
cantik blog..lebih matured gitewwww..
penulisan pun dah bertambah baik..baguihh nohh..

Ieqa Halim said...

wahhh thanx ! :D

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger