Luahan Perasaan | Tak perlu baca pun tak pe

♥ Assalamualaikum 
-Bantulah adik Ahmad Sufi-

Maaf kalau entry agak keterluahan perasaan sikit . Nak muntah , muntah lah sekarang , nak baca ikut suka korang . Kalau korang tak suka , tak payah lah baca . Haha . Bila duduk seorang , masalah demi masalah datang hempap kepala hotak aku . Kusut sangat ! Dah puas nangis sensorang . Nak nangis tunjuk kat orang pulak -.- Aku perlukan kawan , sorang pun jadilahh . Kalau aku ada motor dah lama aku rempit pergi rumah Shkiyn Zahed . Sekarang tetiba aku rasa macam aku faham , kenapa banyak terjadinya gejala sosial . Haha .

Aku rasa nak menjerit kat atas Bukit Baru "SHKIYN ! EFFA ! LANA ! Tolong ! aku rasa macam dah takda makna nak hidup !" . Sumpah aku tertekan dengan hidup aku . Muhamad Hanafi , apa yang kau dapat bila kau buat aku macam ni ? Cuba kau cakap dengan aku ! Cakap lah weyh . Kau takkan dapat jawab sebab , kau takde alasan kenapa kau buat macam ni . Okay , terasa bodoh sekejap . Kenapa sebab seorang lelaki aku jadi sebodoh ini . Hakikatnya dalam akedemik aku sangat pandai , bila bab lelaki . Aku jadi sebodoh bodoh manusia . Aku tak pernah rasa sebodoh ni . Selalu aku rasa bodoh time jawab soalan math je . Dan kebiasaannya rasa bodoh tu adalah dalam 2 hingga 3 jam .

Tapi bila pasal Muhamad Hanafi . Aku jadi bodoh 2 minggu . Memang 2 minggu ni , aku asyik kena maki dan maki diri sendiri bodoh . Walaupun aku sedar yang aku sangat bodoh dalam masalah dengan lelaki . Aku buat buat tak sedar je , aku biar diri aku dibodohkan dan nampak sangat bodoh . Tapi aku boleh dianggap pandai lagi lah , sebab takda lagi keberanian nak bunuh diri . Kalau bunuh diri tu tak sakit , memang dah lama dah aku buat . 

Semalam aku ternampak satu ayat ni "Perempuan yang banyak gelak dan banyak cakap adalah seorang yang pendiam bila ada masalah dan lagi suka menangis sorang sorang" lebih kurang gitu lah ayatnya . Dan aku nak mengaku yang ayat tu adalah sangat sama dengan aku . Totally YES ! Hm . Aku tak tahu macam mana nak cerita kat orang tanpa perlu aku menangis depan orang tu . Walaupun aku ni poyo nak mampus , tapi sebenarnya aku seorang yang cepat sangat sebak , ngada ngada nak menangis . 

Mungkin aku takde jodoh dengan manusia yang bernama Muhamad Hanafi . Haha . It's okay lah bebeh . Nak buat macam mana kan , saat aku menaip ni pun sebenarnya takde kenyataan yang sah pun kitorang clash . Tak , kitorang masih bersama tapi dua dua dah bosan antara satu sama lain . Aku masih terlalu sayangkan dia , dan dia terlalu sayangkan aku . Tapi rasa sayang je tak cukup kalau takde keserasian . Hubungan akan goyang jugak kalau masing masing keras kepala . Takde yang nak mengalah . Hikhik .

Aku mengaku semua benda ni terjadi sebab salah aku jugak KOT , aku selalu marah marah dia and aku ni jauh . Kitorang dari dua negeri . Aku Melaka , dia Johor . So haruslah kitorang sangat jarang nak jumpa , maybe dia bosan or jealous tengok couple lain boleh berdating . Tapi kitorang just dating dalam telefon . Haha . Aku akui yang aku pun rasa benda yang sama , tapi TAK PERNAH terlintas pun aku nak couple dengan orang lain . Kenapa aku tak pernah terlintas pun nak buat macam tu ? Sebab aku bodoh , aku terlalu setia dengan orang yang belum tentu jadi milik aku :')

Muhamad Hanafi , kalau rasa sayang kau kat aku masih wujud . Tolong lah yakinkan aku yang kau takkan berpaling dari aku dan pergi pada perempuan lain . Even aku sangat kasar , rock , poyo . Tapi aku tetap seorang perempuan , bukan pondan or whatever . Walaupun aku jerit pada dunia yang aku mampu hidup tanpa kau , tapi tolong lah sedar yang kata kata aku semuanya bohong . Aku tak pernah mampu dan aku tak pernah cuba untuk mampu hidup tanpa kau . Tolong lah tunjuk yang kau masih hargai aku . Kalau aku cakap masa aku taip entry ni , aku tengah menangis . . kau percaya ? :') 

Now and forever , i hope you'll be my man .

3 comments:

CINTA UNTUK KITA said...

everything will be fine one day..:)

nyna amani said...

Be strong! :)

Ieqa Halim said...

CINTA UNTUK KITA :
Okay , thanx :')

nyna amani :
Thanx ! :')

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger