Cuti weyh ! Hihi

♥ Assalamualaikum 

Ladies and gentlemen ! Yeah , dah start cuti dua minggu . Alahai , memang superb bahagia lah . Feeling makan gula gula kapas pun tak boleh mengalahkan feeling cuti sekolah . Wahh , lepas ni boleh bangun sedikit lewat daripada biasa . Budak budak sekolah yang lain pun haruslah rasa macam yang aku rasa . Ada ke budak yang tak suka cuti sekolah -.-

Baru baru ni , aku ada hantar borang mohon tukar sekolah lain . Tapi semuanya adalah atas kehendak parents aku , aku tak berapa nak rela sangat . Tapi buat buat rela jelah . Hakhakhak *gelak mintak penyepak
Harap harap permohonan tu tak diluluskan . Sebab musababnya , dekat sekolah baru ni aku dah ada kawan . Kalau kat sekolah yang lagi baru tu , kat celah mana aku nak dapat kawan cepat . Aku ni dah lah pendiam orangnya *sila muntah , sopan santun dan sebagainya . Aku bukan lah seorang yang amat peramah , peramah kadang kadang je . Ikut mood orang kata .

Tapi bagi mereka yang dah lama kenal dengan aku , bagi mereka aku adalah seorang manusia yang sangat bising . Sangat suka bercakap . Sangat suka memekak . Sangat suka menyanyi walaupun sedar suara hanya bak katak yang melukut tepi gantang . Sobsob . Sebak rasanya . Err . Korang bosan tak baca entry ni . haha . Aku just nak share kebahagiaan tahap tapir aku kat korang je , happy kot dapat cuti . penat sangat sekolah walaupun baru lebih kurang 3 minggu . Haha . 

Dalam tiga minggu dan buat pertama kalinya aku ada kawan bangsa cina yang ramai . Wahh ! Diorang semua comel comel woo . Walaupun kadang kadang buat aku annoying rasa nak ketuk kepala diorang sorang sorang . Tapi bila fikir yang lepas cuti ni , diorang dah pindah sekolah lain . Rasa nak menangis pun ada . Sebak sangat . I'll miss you ! Min , Chua , Pei Fang , Sau and so on . Banyak kot . Lupa dah nama . Haha . 

okay lah , akhir sekali aku nak wish selamat bercuti kepada sesiapa yang bercuti . Babai , thanx for reading :)


#Selamat bercuti ! Happy holiday ! :D


No comments:

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger