Apa yang best di Pra-U ?

♥ Assalamualaikum 

Hai korang , sorry lah kalau blog ni a little bit membohsankan . Sejak dua tiga hari ini , aku lebih prefer dengar lagu yang agak sentimental . Sebab jiwa raga aku ada gangguan sikit . Haha . Korang layan jelah , nak nangis pun boleh . Kalau tak suka , agak agak menyampah tengok blog kelabu asap ni korang pangkah je . Tak marah pun :) 

Okay , so sebenarnya entry yang lepas aku menceritakan tentang peristiwa di Pra-U . Sambutan hari guru yang meriah . Then ada yang komen , kenapa dan mengapa aku pilih form six walaupun dah sedia maklum form six ni susah . Haa , meh aku cerita kenapa . 

Tahu ke tidak yang form six dah di upgrade . Upgrade macam mana ? Kitorang sekarang dah gunakan sistem modular . Ianya sama macam universiti . Sepanjang form six , kitorang ada tiga semester . Setiap satu semester kitorang ada satu peperiksaan , peperiksaan tu kira macam STPM lah . Kiranya kitorang ambil STPM tiga kali . Dan ! setiap satu semester kitorang belajar belajar sampai habis bab bab tertentu , then exam . After that , bakar je buku tu . Haha , semester kedua dah takde dah belajar pasal semester satu dulu tu . Best kan ? Tapi kena belajar betul betul tau !

Dan yang paling best , di form six korang hanya belajar untuk 1 setengah tahun je . Kalau diploma 3 tahun right ? So itu dah menjimatkan masa korang . Muda muda dah ambil Ijazah , masyuk woo !
Form six ni juga , percuma ! Memang percuma , korang cuma perlu bayar untuk yuran PIBG and MUET . Yang lain free . Haa masyuk lagi woo ! Plus lagi , form six ada nama special . Kitorang digelar Pelajar Pra-U . So , takde lah sama sangat dengan budak sekolah menengah biasa .

Sepanjang program pra-u (PPU) ni , korang akan diajar macam biasa . Tapi lebih dilayan sebagai pelajar universiti . Cikgu takda nak tulis kat whiteboard , then korang follow takde takde . Kiranya sebagai persediaan lah untuk korang menjejakkan kaki ke universiti , takda lah korang terkejut monyet . Haha . Cikgu cakap cakap and cikgu bagi nota sikit sikit je . Korang boleh buat nota suka hati , ikut cara korang asalkan korang faham . 

Form six , korang memang selalu kena buat pembentangan kat depan kelas . Tapi bukan lagi pakai kertas mahjong nak lekat lekat . Nak pegang sampai tercabut lengan , takda ! Korang pakai Power Point je . Senang kan ? wahaha , pokoknya form six memang awesome ! Jom lah masuk , setahun setengah je . Pastu dah boleh buat degree . ohmaii gila best ! 


Nak masuk universiti and buat degree , kena lah belajar rajin rajin dalam form six . Kalau tak belajar pun tak guna jugak . Haha , okay babai semua . Think about it ;)





2 comments:

FarhanahAdzlan said...

seius dah ada tiga?waahhh ini yg semangat ni nk amik stpm next year..hohoho..

saya tau xkena byar bnyak tp cuma xde keyakinan je..hehe..

akak amik ape?sains?kemanusiaan?

btw thankyou MUCHMUCH buat entri ni ye=)

Ieqa Halim said...

haha . jom masuk pra u ! Hihi , akak amek kemanusiaan .

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger