Masihkan kau ingat ?

♥ Assalamualaikum 


Tengah duduk diam diam dengar lagu blog , teringat ketika mula berblog dolu dolu . About a years ago . Typing entah apa apa , memang menganggap yang blog ni macam buku diary yang boleh simpan dalam laci . Padahal , satu dunia boleh baca . Malu pulak bila teringat . Hihi .

Time tengah menaip ni pulak , teringat masa darjah 6 dolu dolu . Suka beli buku nota yang comel lote dengan gambar Pooh , Doraemon and blablabla . Tulis diary kononya , bila adik terjumpa buku tu . Naik hangin satu badan , rahsia terpenting dah diketahui umum ! Brr -.-

Dalam pada teringat pasal diary , teringat pulak kat satu buku ni . Famous amous betul buku ni , agak agak buku apa ? Bukan buku lima , bukan juga buku hutang . Buku biodata maaa !
Bila nak dekat akhir tahun berpusu pusu buku biodata datang menyerang diriku . Ehh . Haha .

Tiba-tiba kenangan lalu mengusik kalbu , dulu pergi sekolah rendah naik basikal . Ada satu hari tu , ayah hantar naik kereta sebab hujan . Bila balik , kelam kabut cari basikal kat tempat parking basikal . Menangis nangis sebab ingatkan ada orang curi basikal , padahal basikal tu sihat walafiat menunggu tuannya dirumah .
Haha -.-

Dalam pada teringat pada semua kenangan silam , ieqa teringat yang ieqa tengah merebus telur masin . Nasib baik cepat teringat , kalau tak jadi telur tembelang agaknya . Bhaha ! moral of the story :
"Sedang kau asyik melayangkan api lighter membajet obor , kau tak sedar yang kau sudahpun membuat langsir bilik tidur kau terbakar" Pepatah Nurabiatul Atiqah . Haha ! :D

Thanks for reading , babai :)

2 comments:

Suehada said...

seronok kan time kanak-kanak dulu :)

Ieqa Halim said...

yupp ! sangat seronok :)

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger