Bilik no function -.-'

♥ Assalamualaikum 




Dolu dolu , about two months ago . Ieqa selalu berkurung dalam bilik . Bukan sebab kena dera bukan juga sebab mogok . Tapi sebab ieqa asyik berkepit dengan netbook cinonet ieqa tu . I call it Cibubu , yes ganti bantal busuk ieqa yang tertinggal dekat Lost World Hotel , Tambun . Demm .

Oh , sambung sambung . Ieqa terlalu taksub dengan yang namanya blogging + facebooking and blablabla . Dan masa tu WiFi dekat bilik ieqa , so dalam bilik ieqa lah boleh dapat line penuh ! Hikhik bangganya -.-
Kiranya , apa kejadah segala perbuatan ieqa dalam bilik tidur tu lah . Kecuali makan , minum , mandi and so on . Hehh . Bergayutan dengan yang tersayang guna perkhidmatan streamyx pun dalam bilik juga . Sehingga parents ieqa panggil ieqa "Budak Gua" .




Tapi sekarang , sejak ayah alih WiFi pergi depan . Connection antara netbook cinonet dengan WiFi amatlah tipis , hampir nak habis nyawa . So , sekarang ni guna netbook cinonet tu kat ruang tamu lah untuk dapat hasil yang lebih mustajab . Ahak ahak ahak . Tiada lagi panggilan "Budak Gua" untuk ieqa . Yeah , berjaya jugak menghapuskan nama yang menggangu minda setelah sekian lama :') *naik gila aku diperlakukan sedemikian rupa -.-

Tapi yang terbaru lagi sekarang ni , sejak cerita pasal makhluk tak jejak bumi tu berleluasa kat taman ieqa . Ieqa makin tak tenteram tidur dibuatnya . Dah la bilik ieqa belakang sekali . Brr . Oh , makhluk tak jejak bumi tu adalah speasis Puan Pont . Erh , seram kot . Dan sekarang ieqa telah pun berpindah kat bilik tengah , tidur dengan adik ieqa . Kurang sikit perasaan seram tu .


So , sekarang bilik ieqa tu dah macam takda function . Rasa bersalah pun ada , tapi nak buat macam mana , terpaksa kan . Lagipun , bilik ieqa tu takda langsir , so cahaya matahari seringkali mencucuk serta mencungkil mata . Huu sebab tu rabun . Hikhik taklah , sebenarnya rabun sebab asyik mengadap netbook cinonet . Salahkan matahari pulak , jahat -.-

Maaf buat entry mengarut . Babai bloggers ;)

4 comments:

shiema sufian said...

Errrrr, scarynyeee (:

Ieqa Halim said...

shiema sufian :

huhu ><

Cik Adieb said...

Biarpown entry ngarut tapi best dibaca,peace!Tak tipuuu taw :D

Ieqa Halim said...

Cik Adieb :

Betul ke ? Ohh terharunya ! :')
trima kasih sbb sudi baca :')

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger