Ukur baju !

♥ Assalamualaikum ♥ 

Ini bukan entry peniram lahh . Grr ! Bukan buat tak jadi , tapi belum ada mood nak buat , nak feeling jiwang jiwang P.Ramlee dulu baru nak menguli tepung . Hik hik . Oh korang , sekarang ni ieqa rasa frust gila cekodok sebab semalam nak download Photoscape new version . Nak update lagi canggih lah kan , tup tup macam macam dia install , photoscape tu macam tu jugak . Tak berubah sekecik tahi hedong pun . Nyampah kena tipu hidup hidup . Huhh ! Sengal betul , brr .

Bila jadi hal hal sedemikian rasa menyesal pulak kenal lappy , komputer dan alat alat canggih ni . lebih baik jadi bebudak yang main bakul baju letak atas kepala . Tak pening sangat kepala nih . Bila dah kenal dan jatuh hati kat alat alat canggih ni ingat senang ke nak lupakan ? Tipu lahh kalau ieqa pandang je modem WiFi dengan lappy tanpa ada seciput nafsu ghairah nak log in pesbuk , sign in blog and blablabla . 

Tapi serius wa cakap lu , kalau takda kejadah alat alat canggih ni . Hidup rasa happy gila , rasa macam takda lah busy mana . Memang happy sangat ! Rasa macam diri sendiri dengan alam semula jadi adalah kawan karib dari dalam perut ibu . Hurmm , profesor mana yang sanggup setuju dengan statement ni agaknya . Ha ha  . kebanyakkan rakyat Malaysia , ye Malaysia saja sebab ieqa tak pernah hidup di Zimbabwe . Sanggup menghabiskan duit untuk teknologi teknologi canggih ni . 

Yelahh cuba korang pakai iPhone , Ipad and whatever . Haruslah masyarakat setempat cakap : Fuyooo ada Ipad lahh ! Fuyooo ada iPhone lahh ! Ada orang cakap macam ni ? : Fuyooo ada handphone baling hanjeng lahh ! Ha ha , itu menganjing @ memperli namanya . Masyarakat juga suka mengamalkan budaya "Biar papa , asal bergaya" , hish tamo tamo tamo . Berbelanja lah mengikut kemampuan . Ukur baju dibadan sendiri , jangan ukur baju kat badan Cik Gayah belakang rumah , bukan apa . Tak manis dipandang orang . KihKih . 

Biarlah membeli barang barang canggih tu ikut keperluan . Tak payah nak ikut ikut orang je . Peringatan untuk korang dan diri sendiri jugak . Sebab ieqa pun lebih kurang je , haha . Okaylahh , penat jari menaip . Babai  . Harap berguna entry ini . 

Kalau suka entry ni klik churpchurp ieqa boleh ? SINI atau kat atas tu . Terima kasih . Sayang korang ;)

2 comments:

shiema sufian said...

betul betul, kalau guna prinsip biar papa asal bergaya nanti duit nak isi perut sendiri pon takde

♥ Ieqa Halim ♥ said...

Kann . . diri sendiri merana ;)

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger