Maki hamun ? Tak elok !

Assalamualaikum ♥

Oh hai hai , maaf lah ieqa agak sibuk join GA serta contest . Orang tag laa . Hurm , petang tadi kan ieqa pergi jogging macam biasa la dengan ibubapa tersayang serta adik yang gedik . Hoho dia memang gedik walaupun dia seorang lelaki , ya sebab dia anak bongsu so ibu suka peluk cium dia sehingga kakak dia yang ohsem nih sangat JEALOUS T.T

Lupakan hal adik , petang tadi jogging dengan family dekat Bukit Serindit yang memang banyak gilak manusia berjogging , ada jugak yang bawa baby yang bulat bulat main kat taman . Memang indah suasana , macam permandangan dalam buku teks bahasa melayu tajuk jaga kebersihan :') Tak lupa juga pada jejaka jejaka dan wanita wanita yang hebakk bermain hoki , futsal , badminton dan bola sepak . 

Mukadimah yang harusnya pendek telahpun menjadi panjang , hakhak maafkan ieqa lagi sekali . 
Cerita hot ! haa , tadi waktu ieqa dengan ibu sibuk berjalan *nak lari tak larat ada satu Myvi merah lalu kat sebelah . Isi kandungan didalam terpekik terlolong cakap lebih kurang macam ni 

Woi , balik balik ! Dah nak maghrib nih balik woi ! peewiit !

Ha membajet macam speaker Bukit Serindit pulak manusia tu . Ieqa yang memang tak boleh nak kawal perasaan marah dengan sikap kurang ajar manusia tu , terus terikut jadi kurang ajar jugak -.-

Bodoh lah kau ! #jangan ikut ! Amaran keras !

Padan mukalah kan , sapa suruh buat perangai tak senonoh kat tempat awam macam tu . Balasan dia tak senonoh jugak la . Geram weyh geram ! Sakit hati ! Memang nasihat dia tu berguna tapi tak boleh ke dengan cara yang lebih baik dan tertib . Orang orang bangsa lain tengok bangsa melayu macam tu , adoi malu laa ! Okay ieqa pun termalukan bangsa melayu jugak . Hihi maaf lagi lagi :'(

Oh , kita haruslah menjaga tatasusila sebagai rakyat Malaysia kan . Tak kira la bangsa apa pun , lagi lagi perempuan . Perempuan kalau dok maki hamun sana sini dah macam apa ? Nak kata lelaki bukan , nak kata perempuan . . "Awat hang kasaq sangat?"
Jadi jaga lah tatasusila sebagai seorang perempuan dan seorang manusia . Maki hamun ? Tak elok !
Pesanan ini juga khas untuk si PENAIP entry sebab maki orang dikhalayak ramai -.-

3 comments:

Shaznina Sofia said...

hum mcm mne eh nk ckp..
org zaman skrg nyh..
maki hamun tu perkara biase jea kn..
humm...

aku HaniAsyira said...

tak aper paham.. reaksi spontan termarah org balik kan..

budi bahasa budaya kita.. hee~~

♥ Ieqa Halim ♥ said...

Shaznina : biasa sangat , kalau satu hari tak tersebut perkataan tak senonoh tak sah . Haha

Hani : Hihi , biasa la kan :')

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger