Tips mudah untuk blog kelihatan cute

Assalamualaikum ♥
#sekadar hiasan :p
Jadi , saat ini ieqa nak kongsikan sedikit ilmu pengetahuan ieqa dalam blog untuk newbie yang baru buat blog . So , takde lahh blog korang tu muram je . Blog yang cute jugak salah satu cara nak menaikkan minat orang untuk selalu jenguk ke blog korang tanpa ragu ragu . Blog yang cute pulak tak semestinya bergantung dengan template macam blogskin ke , denim ke apa ke . CUTE itu terletak pada macam mana cara anda menyesuaikan widget dengan template korang . Dan seharusnya entry korang harus gempak ! Jangan la buat blog tu sekadar tempat korang mencaci orang . Memang itu hak korang tapi manis ke kalau orang baca entry macam tu ? Blog yang cute mesti 

1. Ada shoutbox .
Okay , blog korang haruslah ada shoutbox supaya mudah orang lain nak tinggalkan jejak selepas diorang pulun baca semua entry korang . Senang jugak untuk korang menjejaki semula orang yang dah follow korang . Korang boleh buat shoutbox di Cbox atau yang INI .

2. Tak terlalu sarat/berat
Blog korang seharusnya tak terlalu berat / lambat loading . Sebab pembaca bukan nak baca blog korang je , diorang ada banyak lagi benda nak buat daripada tunggu blog yang lambat loading dengan widget widget yang tak berasas . Buang je widget widget yang tak penting okay .

3. Warna yang sejuk mata memandang
Walaupun korang seorang yang rock , cuba korang sesuaikan warna warna rock tu dengan cara yang harmoni . Supaya tak nampak terlalu gempak . Mungkin macam merah + putih , putih + hitam and so on .
Kebanyakkan blog sekarang menggunakan warna warna yang lembut macam Pink , Hijau , biru and warna yang sweet . Apa kata korang pun cuba letak warna macam ni , mesti cute je :)

4. Bukan lagu hardcore
Jangan sesekali letak lagu yang ganas , rock semacam or apa apa yang hardcore . Sakit gegendang telinga nak mendengar tau . Cuba cari lagu yang sweet or berirama slow , sesuai dengan keaadaan lah . Kalau susah nak cari lagu yang slow slow and sweet . Tak payah la letak bunyi bunyian . Huu ~

5. Tak menyusahkan
Seeloknya diruang komen , korang buang je 'word verification' sebab , tak penting pun .
Gunakan cursor yang terang and senang nampak . Walaupun korang ada button 'Follow and Dashboard' ala ala Tumblr tu , korang jangan remove kotak follower sebab musababnya kadang kadang button tu tak berfungsi . Nanti sia sia je orang follow tapi follower tak naik naik .

Tu je laa kot yang ieqa tahu , huhu . Hope apa yang ieqa taip and kongsi ni dapat bantu korang . Nak cute kan blog korang ? Korang usha tutorial ni okay . Happy blogging

- LyssaSecret
- Amalina
- Kemetot Chomel (Background dia the best!)
- Freebies ieqa

6 comments:

Maliha ♥ said...

yap !
betoi !
setuju seratus peratus

Cik Hus Hus said...

camna la nk cutekan blog saya..nmpk serabut ja

Masz Sidek said...

setuju2...
butang follow tu sy sokong...
sbb sy tak boleh follow blog yg guna tumblr tu...

Ieqa Halim said...

Maliha ♥ : Hee thanx :)

Cik Hus Hus : Td ieqa tgk blog kamu , okay ja . Maybe post title tu kena comey kan sikit .

Masz Sidek : Huu sebab tu la ieqa tak guna button tu . susah :')

mrs.PROandKONTRA said...

sy da try..thanks ieqa coz membantu..
jasamu amat dihargai..
**skema face*

Ieqa Halim said...

Samsame :)

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger