Jalan jalan dirumah blogger terkenal


Tajuk tuh memang tak boleh blah . Kalau nak blah , blah sekarang ye sebab dalam kadar segera aku nak merepek . Button Dashboard ada kat atas tuh . *ala jangan lahh pergi , baca sampai habislah :(

Huhee , baru jeh lepas berjalan jalan makan hangin dekat rumah Yuyu Zulaikha dan Maria Elena . Rumah lah sangat kan . Huahaha ! Sepatutnya makhluk yang lagi berapa jam nak SPM neh dah tido ataupun ulangkaji . Tapi aku tak . Haihh apa nak jadi entah --.--

Aku fikir aku nak serahkan lappy pujaan hatiku neh kat mak aku then nak tumpang rumah kawan supaya aku tak terpengaruh dengan ajakan nafsu yang membiak nak jenguk blog aku neh . Esok aku bagitahu keputusannya :D

Haha , back to topic . Korang tahu ape yang best sangat kat blog Yuyu sehinggakan satu pun post dia aku tak tetinggal ? Gambar ayu yang comel tuh memang tak payah nak dipersoalkan . Aku sangat sangatlah suka dengan cara penulisan dia yang 'HAHA' means boleh buat aku ketawa guling guling . Comel macam dia jugak cara dia menaip . Cerita dia jugak selalu best best , walaupun tentang hidup dia , tapi masa baca aku rasa macam aku dalam dunia yang dia taip tuh . Haihh . Hebakk betul !

Blog Maria Elena pulak , aku tak baca sangat apa yang dia tulis *jujur betul aku neh . Tapi aku selalu tengok gambar gambar dia yang memang boleh buat aku tergelak jugak . Pose dia semua menarik and mimik muka dia yang tak boleh blahh tuh buat aku selalu tersenyum . Best tau ! Tak percaya ? Pergi bukak  lahh . Lagi satu aku memang kagum betul dengan ke'english'an Maria . Hoo superb ! Macam omputeh tulen !
Teringin nak jadi blogger terkenal macam diorang . Huhu ! :)

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger