2 in 1 strange contest by two strange blog



Okay , lepas balik sekolah tadi aku bukak blog and tengok dekat shoutbox ada orang ajak aku join contest . Miss Ebell yang ajak join contest dia . Nasib lah dia ajak , kalau nak tunggu aku join dengan sendiri memang lambat lah , haha ! *budak malas blogwalking memang macam tuh

Tanpa membuang sekelumit masa yang memang sedia terbuang , teruskan agenda utama contest neh yang dianjurkan oleh two strange blog that is Miss Ebell and Miss Eyra .

Perangai pelik aku 

1 . Suka makan makanan mentah such as telur mentah , fishball dan keropok lekor . Pelik tak ? Aku pun tak tahu kenapa aku suka , semua orang kata tabiat tuh pelik . Aku pun rasa pelik , tapi apa nak buat kalau aku dah suka . Hehe ! Telur tuh aku biasa kacau and letak garam sikit macam buat telur dadar , tapi aku tak goreng . Aku terus mencekik . Kuikui :D

2 . Aku suka lipas , cicak and katak ! Kalau aku jumpa antara makhluk yang kaum perempuan geli neh , aku selalu kejar and tangkap . Bukan nak bagi budak budak yang takut , just nak pegang pegang . Nanti aku lepaskan balik . Huahaha ! Tetapi aku sangat geli ULAT . Tolonglah jauhkan dari aku . Sungguh geli ouh !

3 . Suka dengar lagu lagu lama yang sangat lama . Korang suka dengar Klasik Nasional tak ? Kat situ lahh aku dengar . Syiok maa !

4 . Aku suka apa yang orang lain tak suka . Contoh , DOMO . Mula mula aku suka jugak tapi bila orang ramai suka , aku jadi menyampah kat DOMO . Sebab ramai orang suka kan ? Contoh , kalau aku ada patung DOMO orang lain pun mesti ada jugak . So manusia manusia tak kan teruja dengan apa yang aku ada . *sorry ayat tunggang langgang , hehe !

5 . Aku benci warna pink . Ha ! Kontroversi right ? Mesti ramai yang kutuk aku kalau baca ayat neh . Haha ! Tapi memang sejak azali itulah warna yang aku tak suka . Sekarang sedang cuba untuk menyukainya sebab kadang kadang comel jugak warna neh . Hehe . ILOVE GREEN FOREVER !

Okay siap ! Dengan harapan nak menang . Haha ! Undilah saya untuk menang . Huahaha ! 
 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger