Tak berkat kau !

Apa perasaan korang bila korang bersusah payah jalan jalan satu bandar nak beli kuih muih untuk berbuka puasa , tapi rasa kuih tuh HAMPEH ! Confirm  bengang kan ? ! Aku rasa macam nak pergi balik kedai tu lepas tu nak suruh dia makan kuih dia yang HAMPEH tu ! Arghh ! Bulan bulan puasa pun nak menipu ke ? Patut ke ? ha ? ha ? Kuih cantik mak oii , boleh buad langsir ! Tapi , apa pun tarakk !


Aku tak rasa sedikit pun rasa manis dalam kuih neh . Menyayat hati betul ! Tak kan boleh lupa letak gula kan ? Pembuad pembuad kuih seharusnya lebih peka dalam menyediakan juadah untuk jualan . 

Kepada mak cik/pakcik/akak/abang/atok/nenek yang buad kuih :

1 . Jangan lah fikir nak UNTUNG jeh . 

Ada orang yang buad kuih neh , hampas kelapa pun diorang guna lagi untuk letak atas kuih apam . JIMAT        ke NAK KENAKAN ORANG ? HA ?

2 . Jangan fikir nak SENANG jeh .

Kadang kadang buad kuih PULUT PANGGANG , inti tuh letak jeh kat atas , bukan nak gulung dalam pulut . Memang itu tak menjejaskan rasa kuih tu , tapi menjejaskan imej ANDA sebagai pembuad kuih , tahu tak ? ! Orang ramai akan fikir ANDA seorang yang PEMALAS ! 

3 . Nak JIMAT ? Jimat kena tempat lahh kawan !

Kuih semalam di panaskan balik , memang MELAMPAU ! aku pernah kena , masa aku makan POPIA GORENG SAMBAL , yang lain okay jeh , tiba satu popia neh , isi dalam dia semua hangit . Taugeh dengan carrot dah macam Jerangkung kering aku tenguk . Tak boleh blahh ~

Aku rasa itu jelah yang ketara buad masa sekarang . Kriteria kriteria diatas hanya ada pada segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab . 

JANGAN BUAD MACAM NEH TAU ! NANTI ORANG MALAYSIA SEMUA JADI ZOMBIE CEKIK SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN :)


No comments:

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger