PBS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera weh ! 

Bukak-bukak blog, aku terpinga. Tak tahu lah kenapa. Aku bukak dashboard, lama aku tenung. Ouh! Ada comment yang belum publish, okay aku tekan. Dah tengok, tick semua untuk publish. Tapi sekali lagi aku terdiam untuk 34.5 second. Mana button publish?!

Well, macam gitu le ghupenye kalau berabad tak reti-reti nak check in blog. Langsung jammed otak aku. Engkorang rajin update kan kan kan ? Yang form six tu, lelagi upper six. Apa cerita PBS korang? 
Kalau aku. . emph well dalam masa beberapa minggu ni, tahap stress aku memang berada dikemuncaknya. Kamehameha whooshhhh ! (apa tu?) Rasa macam nak hentak kepala kat dinding, sampai hilang ingatan, taknak ingat pasal PBS -_-
Terima kasih kerana sudi baca entry , kalau sudi baca lagi entry seterusnya ! Ehek ehek :)

Pentaip,
Ika Halim

Allah s.w.t sayang kita ♥

Assalamualaikum ♥


Sesudah solat maghrib ni , mood aku rasa nak taip entry . Hihi . Hidup kita sering ada dugaan , kadang kadang kita menangis , frust , marah and blablabla . Kadang kadang kita lupa dengan Allah s.w.t , sebab tu Allah s.w.t bagi dugaan supaya kita ingat kat Dia , Allah s.w.t tak kejam kat kita pun

Diberikan kesedihan. Dengan kesedihan itu kita akan sering menyembut namaNya. 
Diberi kesakitan. Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya. ... 
Diberikan kesusahan. Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha. 
Diberikan kehilangan. Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah. 
Diberikan penderitaan. kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah. 
Diberikan kemiskinan. kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya. 
Diberi kehinaan. kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya. 

Jadi jangan mengeluh , bersyukurlahh Allah menyayangi hambaNya :')

# Anda perlu mengubahnya

Assalamualaikum ♥

Jerebu semakin hari semakin teruk , aku sebagai warga Melaka juga terkena tempiasnya , hahh kau ayat macam peramal kaji cuaca . 


Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan . Sumber dari wikipedia .

1. Sebagai rakyat yang mementingkan kesihatan macam aku , korang juga harus rajin memakai mask ye . Meng'cover' hidung dan mulut korang daripada menyedut asap asap jerebu ni . Bahaya tau tau . Jangan selalu keluar rumah lagi lagi kalau korang kat area Johor atau Melaka . Bacaan IPU dah ditahap bahaya , so baik dok diam diam je kat rumah , bukak Astro 202 . Cerita pun best best . Jangan pandang rendah , tamil the best wa cakap sama lu ! 

2. Korang pun dinasihatkan jangan lah menambah nambahkan lagi keadaan jerebu yang sedia teruk ni , hahh ! Apa apa yang berkaitan dengan asap tu henti hentikan lah . Jangan bakar sampah , rokok , sate , ikan blablabla . Kihkih over tau :p

3. Korang harus minum bergelen gelen air per day . Minum air masak , air jarang , air mineral dan yang seangkatan tentera dengannya . Jangan pi tala Coke berbotoi botoi , mati kojol kang nak ? Haa ayokk tak tahuuuuu . 

4. Basuh tangan korang sebelum dan selepas makan . Almaklumlahh , udara kan tercemar , so kena kerap kerap lah basuh tangan , mandi pun sama . Kerap lah mandi . Biar segar . Mandi kat rumah sudahlah , tak yah ngada ngada dok mandi sungai . Kang ada buaya pun ingatkan batu , jerebu kan ? Haha 

5. Bagi yang berpenyakit pernafasan macam Asma . Pastikan ubat ubat korang ada , and cukup . Keadaan jerebu ni bawak kesan yang teruk untuk pernafasan . Sila lah prihatin dengan keadaan kesihatan korang , dan juga jiran , atok , nenek , makcik , pakcik , mak uda , pak andak , acik , mak lang blablabla . Prihatin lah dengan orang kiri dan kanan anda . Hihi .

6. Esok Melaka cuti ! yahoooooooo ! Yeaaapii ! *backflip adehh sakit pinggang . HOHO

Pesanan khidmat masyarakat daripada konon konon Dr.Nurabiatul 'Atiqah binti Abd.Halim .

# Nilah doktor tu . ekekeke .

 
This blog Officially belongs to Ieqa Halim|Do not copy|Do come again dear blogger